Saturday, 12 May 2012

Selamat Hari Ibu...ma


13 Mei 2012 merupakan hari ahad kedua dalam bulan mei bagi negara,
MALAYSIA Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, Curaçao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe.


Hari ibu berbeza mengikut negara dan tahun,aku x ambik tahu la negara lain..yang penting hari ibu bg nagara MALAYSIA tahun ni jatuh pada 13 Mei.
Hari ni 13 Mei 2012,pada mereka yang masih mempunyai ibu memang sangat beruntung..
dan bagi mereka yang mempunyai ibu..tp x pandai menghargai di harapkan cepat2 sedar..ibu kita hanya sorang dan x mungkin ada pengganti..bila dah x de,x mungkin kita akan jumpa seseorang seperti beliau..
walaupon ayah kita mungkin akan kawin lain,tapi..tetap mak tiri...bkn mak kandung..
  
DOA HARI IBU


Alhamdulillah
Pujian-pujian PadaMu Ya Allah
Selawat dan salam pada Rasulullah 

اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ 
Untukmu ibu, ditadah tangan 
Mohon di beri kerahmatan dan ampunan 
Dalam rahim tempat simpanan 
Proses mula suatu kejadian 

اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ 
Anugerahkan kesihatan berpanjangan 
Untuk ibu yang mengandungkan 
Dari kesusahan menanggung kepayahan 
Menjaga anak dalam kandungan 

يَا اَللهُ 
Anugerahkan sebesar-besar ganjaran 
Untuk ibu yang melahirkan 
Ketika nyawa dipersimpangan 
Keselamatan anak jadi keutamaan 

يَا اَللهُ 
Anugerahkan kasih dan sayang 
Untuk ibu yang menyusukan 
Biarpun sibuk dalam tugasan 
Namun ... 
Anak kehausan tidak dibiarkan 

يَا اَللهُ 
Anugerahkan darjat kesabaran 
Untuk ibu yang mendodoikan 
Biarpun terpaksa berjaga malam 
Yang penting ... 
anak lena tiada gangguan 

يَا اَللهُ 
Anugerahkan sifat kecekalan 
Untuk ibu yang membesarkan 
Setiap pergerakkan di bawah pengawasan 
Bagi memastikan tiada kecederaan 

يَا اَللهُ 
Anugerahkan sifat ketabahan 
Untuk ibu yang diaibkan 
Kerana anak yang melakukan 
Tidak termaktub dalam pengajaran 

يَا اَللهُ 
Anugerahkan darjat ketinggian 
Untuk ibu yang kesedihan 
Mendoakan anak menjadi insan 
Selepas solat tidak dilupakan 

يَا اَللهُ 
Anugerahkan kerahmatan 
Untuk ibu yang tidak mengharapkan 
Segala usaha diberi pembalasan 
Yang penting.. 
Anugerah tuhan dapat dilaksanakan 

يَا اَللهُ 
Kami banyak berdosa 
Khususnya pada ibu dan bapa 
Dalam mengejar hidup bekerjaya 
Meninggalkan mereka dalam derita 

يَا اَللهُ 
Kami banyak berdosa 
Khususnya pada ibu tercinta 
Menyimpan perasaan dalam jiwa 
Dek karenah anak/menantu derhaka 

يَا اَللهُ 
Kami banyak berdosa 
Pada ibu tercinta 
Kerana isteri kita terlupa 
Hak dan tanggungjawab yang ada 

اَللهُ يَا اَللهُ 
Pada ibubapa mohon kemaafan 
Pada Mu Ya Allah mohon keampunan 
Atas sebarang keterlanjuran 
Agar... tidak menyesal kemudian 
Jadikan kami.. 
Anak yang kenal erti budi 
Tidak takbur meninggi diri 
Walau sudah berkedudukkan tinggi 
Demi mencari redhaMu ilahi 
Segala apa yang diberi 
Dari ibu yang dikasihi 
Dari dulu hingga kini 
Tak kan dapat dibayar ganti 
Hanya doa galang ganti 
Dari anak yang menginsafi 
Merujuk pada hadis Nabi 
Anak soleh yang memahami 

اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ 
Kini... ibu dimamah usia 
Anak- anak jauh di mata 
Hanya menanti khabar berita 
PadaMu Ya Allah mohon dipelihara 
Sekali lagi Ya Allah yang Maha Pencipta 
PadaMu sahaja tempat meminta 
Ampunkan segala dosa 
Samada kecil atau besar ia 
Dari kami juga ibubapa 
Mudah-mudahan mengundang ke syur ga 
Dan jauh dari segala sengsara 
Jauhkan juga azab neraka 

AL FATIHAH,MY MOM....29 JULAI 2006,








No comments:

Post a Comment